Ku mengerti
Perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci

Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Kuharungi
Hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali

Namun hati
Masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini
Bukanlah padamu
Perasaan ini masih rindu

Kekalutan ini
Hanyalah untukku
Tercari cari bayanganmu

Tak sanggup aku

Kehilangan mu

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements